Majlis Membaca Surah Yassin dan Tahlil Bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah bagi Rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di dalamnya serta Majlis-Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Tahun 1445H/2024M telah diadakan pada Isnin, 16 haribulan, Ramadhan 1446H bersamaan dengan 17 haribulan, Mac 2025 bertempat di Kubah Makam Diraja, Bandar Seri Begawan.
Hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abd Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.
Bacaan Surah Yaasin dan Tahlil di majlis tersebut dipimpin oleh Yang Mulia Mohd Afilif bin Dato Seri Setia Haji Japar, Pegawai Hal Ehwal Masjid.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Setiausaha-Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan serta Pegawai dan Kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di dalamnya serta Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung dari keempat-empat daerah.

